Di blog kali ini
saya akan menulis tentang kebudayaan Papua di Indonesia
Papua
sumber Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Provinsi Papua
|
|
421,981 km2 (162,928 batu²)
|
|
Bil. penduduk
|
1,994,531 (2005)
|
4.7 /km2 (12 /sq mi)
|
|
Orang asli: Melanesia (termasukAitinyo, Aefak, Asmat, Agast, Dani,Ayamaru, Mandaca Biak, Serui)
Bukan orang asli: Orang Jawa, Bugis,Orang Batak, Orang Minahasa, Orang Cina Han.) |
|
Protestan (51.2%), Roman Katolik(25.42%), Islam (23%),
lain-lain (2.5%)
|
|
Bahasa Indonesia (rasmi), 269 [1]Bahasa
bumiputera: Bahasa Papuadan Bahasa Austronesia
|
|
Laman
|
Papua ialah
sebuah daerah daftar kata
indonesia ialah (Provinsi) di Indonesia yang
terletak di bahagian barat kepulauan New Guinea dan
pulau-pulau di sekitarnya.
Papua
kadangkala dipanggil sebagai Papua Barat kerana Papua boleh dirujuk kepada
seluruh kepulauan New Guinea atau bahagian selatan negara jirannya,Papua New Guinea.
Papua Barat ialah sebutan yang lebih disukai oleh para nasionalis yang ingin
memisahkan Papua daripada Indonesia dan membentuk negara sendiri. Daerah
(Provinsi) ini dahulu dikenali dengan panggilan Irian Barat sejak tahun 1969 hingga 1973, namanya kemudian
ditukarkan menjadi Irian Jaya oleh Suharto,
nama yang tetap digunakan secara rasmi hingga tahun2002. Nama daerah
(provinsi) ini diganti menjadi Papua sesuai dengan UU No 21/2001 Autonomi
Khusus Papua. Pada masa era penjajahannya, wilayah ini disebut New Guinea Belanda (Dutch New
Guinea).
Papua
merupakan daerah (provinsi) yang terletak di wilayah paling timur negara
Republik Indonesia dan merupakan daerah yang penuh harapan. Daerahnya belum
banyak diterokai oleh aktiviti manusia dan Papua kaya dengan sumber alam yang
menjanjikan peluang untuk berniaga dan berkembang. Tanahnya yang luas dipenuhi
oleh hutan, laut dan pelbagai biotanya dan berjuta-juta tanahnya yang sesuai
untuk pertanian. Dalam perut buminya juga menyimpan gas asli, minyak dan
pelbagai bahan galian yang hanya menunggu untuk diterokai.
Isi
kandungan
[sorokkan]
·
3 Iklim
·
6 Bahasa
·
7 Agama
daerah
(Provinsi) Papua beribu kota di Jayapura dan secara pentadbirannya terdiri
daripada : 9 Pemerintahan Kabupaten iaitu Kabupaten Jayapura,Jayawijaya, Merauke, Fak-Fak, Sorong, Manokwari, Biak Numfor, Yapen Waropen dan Nabire. Dua Pemerintahan Kota iaitu Kota
Jayapura dan Kota Sorong, tiga Pemerintahan Kabupaten Administratif iaitu
Puncak Jaya, Paniai dan Mimika. Jumlah Kecamatan di Papua adalah 173 kecamatan
yang mencakupi 2.712 desa dan 91 kelurahan.
Papua
terletak pada kedudukan 0° 19' - 10° 45' LS dan 130° 45' - 141° 48' BT,
menempati sesetengah bahagian barat dari Papua New Guinea yang
merupakan pulau terbesar kedua selepas Greenland.
Secara fizikal, Papua merupakan daerah (provinsi) terbesar di Indonesia, dengan
luas daratan 21,9% dari jumlah kesuluruhan tanah seluruh Indonesia iaitu
421,981 km², membujur dari barat ke timur (Sorong - Jayapura) sepanjang 1,200
km (744 batu) dan dari utara ke selatan (Jayapura- Merauke) sepanjang 736 km
(456 batu). Selain daripada tanah yang luas, Papua juga memiliki banyak pulau
sepanjang pesisirannya. Di pesisiran utara terdapat Pulau Biak, Numfor, Yapen
dan Mapia. Pada bahagian barat ialah Pulau Salawati, Batanta, Gag, Waigeo dan
Yefman. Pada pesisiran Selatan terdapat pula Pulau Kalepon, Komoran, Adi, Dolak
dan Panjang, sedangkan di bahagian timur bersempadan dengan Papua New Guinea.
Papua
terletak tepat di sebelah selatan garis khatulistiwa,
namun kerana daerahnya yang bergunung-gunung maka iklim di Papua sangat
bervariasi melebihi daerah Indonesia lainnya. Di daerah pesisiran barat dan
utara beriklim tropika lembap dengan tadahan hujan rata-rata berjumlah diantara
1.500 - 7.500 mm pertahun. Tadahan hujan tertinggi terjadi di pesisir pantai
utara dan di pegunungan tengah, sedangkan tadahan hujan terendah terjadi di
pesisir pantai selatan. Suhu udara bervariasi sejajar dengan bertambahnya
ketinggian. Untuk setiap kenaikan ketinggian 100 m ( 900 kaki ), secara
rata-rata suhu akan menurun 0.6 °C.
Keadaan
topografi Papua bervariasi mulai dari dataran rendah berawa sampai dataran
tinggi yang dipenuhi dengan hutan hujan tropika, padang rumput dan lembah. Pada
bahagian tengah pula terdapat rangkaian pergunungan tinggi sepanjang 650 km.
Salah satu bahagian daripada pegunungan tersebut adalah pergunungan Jayawijaya yang terkenal kerana di
sana terdapat tiga puncak tertinggi yang walaupun terletak dalam garisan
khatulistiwa namun selalu diselimuti oleh salji di puncak Jayawijaya dengan
ketinggian 5,030 m (15.090 kaki), puncak Trikora 5,160 m (15,480 kaki) dan
puncak Yamin 5,100 m (15.300 kaki). Sungai-sungai besar beserta anak sungainya
mengalir ke arah selatan dan utara. Sungai Digul yang bermula dari pedalaman
kabupaten Merauke mengalir ke Laut Arafura. Sungai Warenai, Wagona dan
Mamberamo yang melewati Kabupaten Jayawijaya, Paniai dan Jayapura bermuara di
Samudera Pasifik. Sungai-sungai tersebut mempunyai peranan penting bagi
masyarakat sepanjang alirannya baik sebagai sumber air bagi kehidupan harian,
sebagai nelayan mahupun sebagai sarana penghubung ke daerah luar. Selain itu
terdapat pula beberapa danau, diantaranya yang terkenal adalah Danau Sentani di
Jayapura, Danau Yamur, Danau Tigi dan Danau Paniai di Kabupaten Nabire dan
Paniai.
Pada
daerah-daerah Papua yang bervariasi topografinya terdapat ratusan kelompok
etnik dengan budaya dan adat istiadat yang saling berbeza. Dengan mengacu pada
perbezaan topografi dan adat istiadatnya maka secara amnya, penduduk Papua
dapat di bezakan menjadi 3 kelompok besar iaitu:
·
Penduduk daerah
pantai dan kepulauan dengan ciri-ciri umum, rumah diatas tiang (rumah
panggung), mata pencaharian menokok sagu dan menangkap ikan.
·
Penduduk daerah
pedalaman yang hidup pada daerah sungai, rawa, danau dan lembah serta kaki
gunung. Pada umumnya bermata pencaharian menangkap ikan, berburu dan
mengumpulkan hasil hutan.
·
Penduduk daerah
dataran tinggi dengan mata pencaharian berkebun beternak secara sederhana.
Pada
umumnya masyarakat Papua hidup dalam sistem kekerabatan yang menganut garis
ayah atau patrilinea.
Di
Papua ini terdapat ratusan bahasa daerah yang berkembang pada kelompok etnik
yang ada. Aneka pelbagai bahasa ini telah menyebabkan kesulitan dalam
berkomunikasi antara satu kelompok etnik dengan kelompok etnik lainnya. Oleh
sebab itu, Bahasa Indonesia digunakan secara rasmi
oleh masyarakat-masyarakat di Papua bahkan hingga ke pedalaman.
Keagamaan
merupakan salah satu aspek yang sangat penting bagi kehidupan masyarakat di
Papua dan dalam hal ketuhanan, Papua dapat dijadikan contoh bagi daerah lain.
Majoriti penduduk Papua beragama Kristian,
namun demikian, seiring dengan perkembangan kemudahan pengangkutan dari dan ke
Papua maka jumlah orang yang beragama lain termasuk Islam juga semakin
berkembang. Banyak mubaligh sama ada orang asing mahupun rakyat Indonesia
sendiri yang melakukan misi keagamaannya di pedalaman-pedalaman Papua. Mereka
berperanan penting dalam membantu masyarakat sama ada melalui sekolah-sekolah
mubaligh, bantuan perubatan mahupun secara langsung mendidik masyarakat
pedalaman dalam bidang pertanian, mengajar Bahasa Indonesia dan
pengetahuan-pengetahuan amali yang lain - lainnya. Mubaligh juga merupakan
pelopor dalam membuka jalur penerbangan ke daerah-daerah pedalaman yang belum
dibina oleh penerbangan biasa.
1.
Puncak Jaya atau
Piramid Carstensz
Puncak Trikora
Tidak ada komentar:
Posting Komentar